RSS

Senin, 29 November 2010

sid

Dakwah melalui penulisan.

1. Bahasa samada dalam bentuk lisan atau tulisan, merupakan wadah komunikasi manusia yang paling unik, yang membezakannya dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Bahasa bukan sahaja menjadi pengucapan tamadun manusia, malah turut mempengaruhi aspek dan tahap tamadunnya sendiri. Yang dimaksudkan dengan tamadun ialah pencapaian manusia dalam semua bidang kehidupan, kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota.

Perkembangan bahasa selari dengan perkembangan kehidupan manusia. Keduanya saling mempengaruhi dan bertindakbalas kerana bahasa, diakui menjadi saluran pemikiran dan juga turut mempengaruhi pemikiran. Dakwah adalah satu aktiviti yang menggunakan bahasa sesuatu kaum yang difahami secara jelas dan berkesan. Tulisan adalah wahana untuk penyampaian dakwah melalui bahasa yang difahami tadi.

2. Daripada Abdullah bin Mas’ud ra. Berkata, Rasullullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya apabila kiamat sudah hampir tiba (1) orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, (2) perniagaan akan bertambah maju, sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, (3) banyak orang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan), (4) banyak saksi palsu, (5) orang suka menyembunyikan penyaksian yang benar, (6) dan akan banyak kemudahan alat tulis

3. Pengaruh tulisan dalam kehidupan manusia amat besar sehinggakan ia dianggap nadi tamadun manusia itu sendiri. Menurut Edward Taylor dalam buku The First Civilization: The Archaelogy of Their Origin, tamadun sesuatu bangsa bermula dengan bermulanya penggunaan tulisan. Sementara H. Morgan pula berpendapat yang sesuatu tamadun itu tidak mungkin lahir tanpa satu sistem tulisan, dan satu sistem tulisan pula tidak mungkin lahir melainkan di dalam suatu tamadun. Peranan tulisan ini juga telah ditegaskan lagi oleh Beatty dan Johnson dalam buku Heritage of Western Civilization dan juga Colin Renfew dalam buku Before Civilization.

4. Dakwah adalah komunikasi. Apakah isi komunikasi Islam?

  • Amar ma’ruf nahi mungkar
  • akhlak, dakwah, tabligh, maklumbalas
  • Sebara maklumat pendidikan, hiburan
  • Pentadbiran siasah.

i. Sumber komunikasi Islam: Teks Qur’an dan Hadits, pendapat ulama dan ahli ilmu, akal yang waras.

ii. Hasil komunikasi Islam: keamanan, keadilan, nilai Islam dan akhlak dalam masyarakat.

Sejarah blog

1. Babad, buku Commonplace, buku harian, perzin and persatuan akhbar amatur boleh dilihatkan sebagai pendahulu-pendahulu blog. Sebelum blog menjadi popular, terdapat banyak bentuk komuniti-komuniti digital, termasuk:

  • Usenet
  • Perkhidmatan komersil dalam talian, seperti GEnie, BiX, dan CompuServe yang awal;
  • senarai emel;
  • Sistem papan buletin (BBS)

2. Istilah “weblog” dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, “blog,” dicipta oleh Peter Merholz yang secara bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. Ini dengan pantasnya diterima, baik sebagai kata nama mahupun sebagai “kata kerja” dalam bahasa Inggeris (“to blog,” bermaksud “mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam weblog”). Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 hanya mempunyai 100 kemasukan menjelang 1997, tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog meledak pada tahun 1999 dan selepas nya, dipopularkan lagi ketibaan-ketibaan hampir serentak alat-alat blog pengehosan yang awal.

Blog untuk dakwah dan mengapa ia tidak boleh diabaikan

1. Penulisan merupakan salah satu bentuk pengabdian manusia sebagai makhluk kepada Tuhannya yaitu Allah S.W.T., dengan tujuan untuk mencari dan menikmati keredhaan-Nya. Penulis Islam berusaha untuk melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan berkeperibadian Muslim. Penulisan mempunyai kaitan yang rapat dengan pembacaan. Penulisan adalah bahan bacaan yang amat berguna untuk memajukan akal fikiran manusia.

Kita bersyukur kepada Allah S.W.T. karena ayat pertama sekali diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.adalah ayat mengadungi arahan untuk membaca;

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.” (maksud ayat 1-5 s.al-Alaq)

2. Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Maklumat inilah yang amat diperlukan oleh manusia. Malah ada yang menyebut ‘maklumat adalah kuasa’. Oleh kerana maklumat adalah kuasa, maka untuk berkuasa teknologi yang merupakan wasilah untuk menyampai dan mendatangkan maklumat menjadi cukup penting dan perlu dikuasai. Kenapa maklumat mempunyai ‘kuasa’?

Sebabnya mereka yang mempunyai maklumat dapat membina persepsi insan dan masyarakat keseluruhannya. Orang akan menilai sesuatu yang dilihat dan didengarnya berdasarkan kepada bagaimana maklumat tersebut tiba kepada dirinya. Orang boleh menukar persepsi dan sikapnya tentang sesuatu perkara berdasarkan kepada bagaimana maklumat yang tiba kepada dirinya yang dibentuk oleh yang menyampaikan maklumat kepadanya. Allah s.w.t menyebut di dalam al-Quran,

Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (qalb) tetapi tidak menggunanya, dan mereka yang mempunyai mata (tetapi) tidak melihat, dan mereka yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mendengar. Mereka sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orangorang yang lalai’ (Al-Qur’an 7:179)

Maknanya maklumat yang disampaikan melalui mata yang melihat dan telinga yang mendengar, akan membolehkan diri (qalb) yang melihat dan mendengar memberi makna kepada maklumat yang diperoleh.

Dengan kata lain maklumat tersebut akan membina persepsi seseorang. Maklumat juga merupakan asas kepada pembinaan ilmu. Tetapi untuk menjadikan maklumat tersebut sebagai sumber ilmu, maklumat itu mestilah benar dan bermakna kepada yang mendapat maklumat berkenaan. Dengan maklumat yang benar dan bermakna sahajalah, maka ilmu dapat dibangunkan. Pembangunan ilmu pula merupakan asas kepada pembinaan insan.

3. Dianggarkan negara kini memiliki hampir 500,000 blog dan pengendali laman blog tertinggi di dunia selepas Eropah dan Indonesia. Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari. Kajian juga mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi maklumat yang dipaparkan dalam blog. Dalam kajian Zentrum Study juga menunjukkan skala umur yang tertinggi mempercayai blog adalah sekitar umur 31-40 tahun iaitu skala umur matang.

4. Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus tetapi pengguna sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet. Kajian oleh Omnicom Media Group juga mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka.

5. Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan. Bagi sesebuah blog yang terkenal dan mencecah sejuta kunjungan sehari, ianya mengambil masa hampir sepuluh tahun untuk menjadi terkenal.

6. Potensi Media Baru Sebagai Medium Dakwah dan Menentang Radikalisme Dalam era teknologi yang semakin maju, masyarakat Islam mudah mendapatkan nasihat agama di mana-mana. Malah terdapat banyak laman-laman blog yang menawarkan khidmat sebegini di alam maya. Laman-laman ini kebanyakannya pula dikendalikan bukan dari mereka yang mahir dalam bidang agama yang kadang kala pula boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat.

Terdapat ramai masyarakat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan agama tetapi tidak pasti ke mana harus dituju untuk disalurkan soalan-soalan atau kemusykilan agama yang berada di fikiran. Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak biasa ke masjid atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama atau mereka yang lebih selesa berurusan melalui telefon atau emel daripada bersemuka. Ini boleh mengakibatkan kesilapan pengaliran maklumat yang seterusnya jika kita tidak berhati-hati ia dapat melahirkan golongan self radicalization.

7. Rumusan Future Studies Pola-pola Mozaik Pemilihan Generasi Baru (21 tahun – 41 tahun) dalam PRU12 berdasarkan 1500 responden bagi setiap negeri dikaji pada 20 Februari 2008 – 05 Mac 2008 Analisis “Strata Kepercayaan Terhadap Media” oleh ZENTRUM FUTURE STUDIES MALAYSIA, seramai 1226 respondan Pulau Pinang memilih blog/media baru sebagai sumber maklumat berbanding hanya 79 menggunakan TV dan 195 menggunakan akhbar biasa. Ini bermakna di Pulau Pinang sahaja hampir 81% responden muda Pulau Pinang memilih blog/media baru.

8. Ramai respondan menyokong memilih blog individu PAS sebagai sumber kepercayaan berbanding blog rasmi parti atau lain-lain media. Lihat Rumusan Future Studies Pola-pola Mozaik Pemilihan Generasi Baru (21 tahun – 41 tahun) dalam

PRU12 berdasarkan 1500 responden yang dikaji pada 20 Februari 2008 – 05 Mac 2008 Analisis “Indeks Pengaruh Blog – Perbandingan Jumlah Blog Individual, Organisasi dan Media Baru dengan Parti Yang Disokong” secara terpilih.

Bahaya penyalahgunaan blog

1. Kebebasan bersuara dalam Islam Terdapat ayat-ayat al-Quran yang memperuntukkan hak-hak manusia yang perlu dihormati. Antara hak-hak tersebut adalah hak untuk hidup, hak untuk mengumpul dan memiliki harta, hak untuk bersendirian tanpa gangguan, hak untuk bergerak, hak ke atas anak-anak, hak untuk keadilan, hak ke atas maruah dan penghormatan seseorang, persamaan di bawah undang-undang dan sebagainya. Tetapi kebebasan ini ada hadnya.

a. Prof. Hashim Kamali di dalam bukunya Freedom of Expression in Islam, menolak pemikiran orientalis yang mengatakan bahawa Islam hanyalah agama yang mementingkan perihal ritual ibadah sahaja. Terdapat banyak hak-hak asasi manusia yang dipandang tinggi dalam Islam. Menurut pendapat Prof. Hashim Kamali, hak bersuara boleh dimanifestasikan dalam beberapa keadaan.

i. Pertama hak untuk memberi nasihat kepada orang yang melakukan kesalahan (Nasihah).
ii. Kedua, hak untuk berunding dan bermesyuarat (Syura).
iii. Ketiga hak untuk membuat `ijtihad’.
iv. Keempat hak untuk mengkritik orang lain (Hurriyyat al Mu’aradah).
v. Kelima kebebasan pendapat (Hurriyyat al-Ra’y) dan
vi. keenam kebebasan untuk berpersatuan dan
vii. ketujuh kebebasan beragama (al-Hurriyyah al-Diniyyah). Kesemua hak ini adalah bersandarkan kepada nas-nas al-Quran yang `sarih‘ (nyata). Jelaslah konsep kebebasan bersuara adalah bukan suatu konsep yang ganjil dan tidak diiktiraf dalam Islam, malahan sebaliknya.

2. Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

3. Sebab penurunan ayat itu ada hubungkait dengan berita dibawa oleh al-Walid bin ‘Uqbah bin Abu Mu’it. Ahmad bin Hanbal, meriwayatkan bersumberkan daripada al-Harith bin Dirar al-Khuza’iy, yang berkata, “Aku bertemu Rasulullah SAW, Baginda mengajakku supaya memeluk agama Islam. Aku menerima ajakan (dakwah) Rasulullah SAW itu dengan memeluk agama Islam. Kemudian Rasulullah SAW mengajakku supaya mengeluarkan zakat, dan aku menerima ajakan itu.

Aku berkata lagi: Aku perlu pulang kepada kaumku terlebih dulu, untuk mengajak mereka supaya sama-sama memeluk Islam dan mengeluarkan zakat. Sesiapa yang menerima ajakanku itu, aku akan memungut zakat daripadanya. Wahai Rasulullah SAW apabila sudah cukup tempoh, maka hantarlah utusan untuk mengambil zakat yang telah dipungut itu.

Apabila al-Harith selesai memungut zakat dan tempoh ditetapkan sudah tiba, maka Rasulullah SAW mengutuskan al-Walid bin ‘Uqbah bin Abu Mu’it kepada kaum Bani Mustaliq untuk memungut zakat daripada mereka.

Dalam perjalanan menuju perkampungan Bani Mustaliq itu, al-Walid merasa takut dan gentar. Lalu al-Walid bergegas pulang sebelum sempat sampai ke perkampungan Bani Mustaliq dan membawa berita palsu kepada Rasulullah SAW bahawa al-Harith enggan menyerahkan hasil kutipan zakat itu, malah mengambil tindakan untuk membunuhnya. Kemudian Rasulullah SAW mengutuskan utusannya kepada al-Harith untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan oleh al-Walid.

Dalam perjalanan, utusan Rasulullah SAW itu bertemu dengan al-Harith dan rombongannya yang sedang menuju kepada Rasulullah SAW Dalam pertemuan itu, al-Harith bertanya kepada utusan itu, “Kepada siapakah kamu semua diutuskan. Mereka menjawab: Kepadamu. Al-Harith bertanya lagi: Mengapa kamu diutuskan ke-padaku? Mereka menjawab: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutuskan al-Walid bin ‘Uqbah kepadamu untuk mengambil hasil kutipan zakat.

Dia berkata bahawa kamu enggan menyerahkan zakat, bahkan bertindak akan membunuhnya. Lantas al-Harith berkata: Tidak! demi Allah yang mengutus Muhammad dengan kebenaran, aku tidak melihat al-Walid pun dan dia tidak datang kepadaku.

Apabila al-Harith dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu enggan menyerahkan hasil kutipan zakat dan cuba membunuh utusanku. Maka al-Harith berkata: Tidak! Demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran, aku tidak berbuat demikian. Maka turunlah ayat 6, surah al-Hujurat).” (Ibn Kathir) Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Menyelidiki dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah (itu) adalah daripada syaitan.” (Al-Tabariy).

4. Dunia siber bukan dunia tanpa undang-undang dan peraturan. Ia tidak harus menjadi dunia koboi di mana lawlessness bermaharajalela. Kebebasan itu tidak harus disalahgunakan. Tidak ada perlindungan pada pengguna internet untuk menyebarkan fitnah dan hasutan. Banyak negara tidak perlu mendaftar bloggers. Tetapi apapun peraturan yang membabitkan akta, peruntukan undang-undang mengenai fitnah atau libel boleh dikenakan pada mereka yang melanggarnya.

Tidak ada sesiapa yang berada di atas undang-undang, baik pemimpin, editor, wartawan, juga bloggers. Lebih penting lagi ialah kebebasan di internet itu seharusnya menjadi titik tolak untuk menunjukkan kematangan rakyat dalam menangani kebebasan. Ini peluang terbaik untuk berdialog cerdik, untuk berhujah secara terbuka dan rasional dan untuk membuktikan bahawa kita memanfaatkan medium itu secara waras dan bijaksana. Seorang propagandis pada waktu pemerintahan Adolf Hitler di Jerman menyebutkan pembohongan diulang 10 kali akan menjadi kebenaran.

Di dalam internet hari ini, prinsipnya ialah pembohongan yang muncul, disebarkan 10 kali menjadi kebenaran. Kritikan tidak banyak maknanya lagi. Apa yang muncul selalunya ialah maki hamun dan sumpah seranah dengan bahasa yang kesat dan buruk. Emosi berleluasa dan sentimen menguasai hujah. Ada kalanya pelbagai bahan yang jelas memburuk-buruk dan memfitnah orang lain tersebar secara bebas. Internet menjadi lesen untuk menyebarkan apa saja gambar, bahan dan maklumat yang belum tentu betul dan benar.

5. Gejala taksub adalah antara bencana penggunaan blog. Kini blogger yang menyokong PAS bertelagah sesama sendiri kerana mereka taksub dengan sesuatu isu, masing-masing berusaha menjadi juara mendedahkan rahsia jamaah atau kononnya pejuang dalaman PAS walaupun mereka tidak berada dalam organisasi PAS. Akibat terlalu taksub dengan PAS juga mengheret sesetengah blogger menjadi pemecah dan penghancur tahalluf siasiy yang PAS bina konon atas nama hidup untuk ‘Islam’. Kini beberapa blogger terperangkap dengan isu-isu yang mereka terbitkan, hanya berjuang menepis tuduhan dan komen luar sahaja, mereka tidak lagi produktif untuk dakwah Islam.

6. Akibat terlalu ghairah mengejar populariti, blogger tertentu menggunakan ‘short cut’ untuk terkenal iaitu melalui pendedahan perkara remeh rahsia parti ,kenyataan yang masih sangsi lagi. Mereka tidak mempu menjadi pengkaji sumber primer seperti yang dilakukan oleh beberapa blogger seperti RPK. Sewajarnya blogger menjadi pencetus isu yang diekstrak dari statistik, indeks, kajian, deklarasi atau kenyataan media yang saban hari bertambah, bukan sekadar menghebah isu picisan untuk meraih hit yang tinggi bagi blog mereka.

Mengapa fitnah blog berkesan terhadap rakyat?

1. Kerana blogger telah menjadi lumrah dan hampir 1/20 rakyat malaysia adalah blogger, bukan sekadar membaca blog! terdapat 13.5 juta pengguna internet di negara ini. Jumlah ini hampir separuh rakyat negara. Kita harus sedar bahawa di antara lebih lima bilion tapak web di alam siber hari ini, 70 juta adalah blog. Di Malaysia sendiri, dipercayai terdapat lebih 500,000 bloggers.

2. Berita dan idea disampaikan boleh diakses 24 jam tanpa halangan.

3. Memiliki kemampuan untuk memaparkan dokumen dan scanning dokumen melalui blog dan ia boleh mempengaruhi pembaca.

4. Kemampuan memaparkan video untuk langkah propaganda lebih jelas.

5. Tanpa menggunakan wang, kini wireless percuma berleluasa, laptop lebih murah dan mampu dibeli.

6. Blogger gemar mengupas isu spekulatif yang kelihatan kritikal walaupun sebenarnya ia adalah isu remeh.

7. Akses antara blogger cukup luas untuk membenarkan maklumat atau fitnah tersebar lebih luas lagi. Setiap kelompok blogger memiliki domain tersendiri.

Tindakan undang-undang dalam fitnah Siber

1. Walaupun Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 (1) (a) memberi ruang luas kepada hak dan kebebasan bersuara di negara kita sebagai satu kebebasan asasi rakyat Malaysia, pengiktirafan itu tetap ada batasan menurut fasal (2), (3) dan (4) agar ia tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat secara keseluruhan. Bukanlah tujuan undang-undang fitnah melarang orang bersuara atau mengeluarkan buah fikirannya.

2. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

3. Di samping itu, Malaysia juga mempunyai akta khusus dalam menangani masalah ini iaitu Akta Fitnah 1957 di mana seseorang itu boleh dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya didapati melakukan perbuatan yang boleh merendahkan diri seseorang pada mata masyarakat; tindakan yang boleh menyebabkan seseorang dicemuh, dihina, dibenci dan dikeji; perlakuan yang boleh merosakkan reputasi dalam jawatan, profesion dan perniagaan seseorang; dan bertujuan merosakkan kredibiliti seseorang. Dalam kes Sim lawan Stretch (1936) 2 ALL ER 1237, yang diguna pakai dalam semua kes fitnah di Malaysia yang mana mahkamah di England memutuskan bahawa perbuatan fitnah adalah sebarang bentuk penerbitan kenyataan yang menunjukkan reputasi seseorang dan kecenderungan menurunkan seseorang dalam penilaian ahli masyarakat berfikiran waras amnya, atau membuat mereka menjauhi atau mengelaknya.

Saranan dan seruan untuk blogger
1. Berusaha mengkaji aspek-aspek parti yang jarang dihebahkan dalam media rasmi Harakah dan sebagainya memandangkan rakyat sukar mendapat maklumat sahih dari media perdana biasa.

2. Blogger berusaha menjadi hub penting untuk menghubungkan rakyat dengan pemimpin PAS agar sebarang keraguan rakyat terjawab dengan efektif.

3. Blogger boleh berperanan untuk menghebahkan sebarang aktiviti kebajikan ADUN di kawasan mereka, malah terdapat ramai calon PAS yang kalah kini bergiat sebagai penyelia DUN dan mereka memiliki tenaga sokongan dari blogger untuk menerbitkan buletin dan kemasini berita yang aktif.

4. Blogger perlu mendalami ilmu agama dan memahami prinsip PAS dalam pelbagai isu. Blogger wajib mengikuti usrah untuk meahami konsep siir wa hazar, mahabbah, ukhuwah dan matlamat perjuangan Islam.

5. Jika ada isu yang bersifat ragu, blogger perlu memainkan peranan sebagai agen perpaduan dan penstabil keadaan untuk membantu pimpinan mengatur langkah. Inilah sikap blogger dakwah yang sebenar.

6. Blogger wajib mempelajari aspek penting penulisan menurut Islam, sejarah penulisan dan sedar diri mereka adalah mewariskan tradisi ulama’ silam yang gemar menulis sesuatu yang sarih, absah dan merungkai kekusutan berbanding tradisi sekular-liberal yang gemar menerbitkan polemik, kontroversi, populariti serta kritikan atas nama kebenaran tetapi mencetus perpecahan ukhuwah Islam.

"Internet Sebagai Media Dakwah Islami"

oleh: Donny B.U., M.Si. *


"Sampaikanlah, walau hanya satu ayat," demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya suatu ketika. Ujaran yang sangat terkenal tersebut berintikan ajakan kepada para penganut agama Islam untuk senantiasa menyempatkan diri untuk berdakwah dan berbagi pengetahuan bagi sesama, kapanpun dan dimanapun. Sebelum Rasullulah wafat pada tahun 632 M, dakwah kerap dilakukan secara lisan. Baru pada tahun 644 M ketika Islam dipimpin oleh Uthman bin Affan, sahabat Rasulullah dan khalifah ketiga, dakwah mulai dilakukan secara tertulis. Pada saat itu Al-Qur'an sebagai kita suci Islam mulai dibukukan, digandakan dan disebarluaskan ke imperium-imperium Islam di penjuru dunia.

Semangat dakwah tersebut, meskipun hanya satu ayat, merupakan satu bentuk "tanggung jawab moril" yang sangat mengakar di kalangan umat Islam. Segala daya dan upaya untuk melakukan dakwah terus dilakukan, hingga kini.Setelah beratus tahun berselang sejak dakwah lisan dikumandangkan oleh Rasulullah, pada masa kini dakwah telah menggunakan medium bit, binary dan digital. Dakwah dalam bentuk tulisan di buku mendapatkan komplementernya berupa text dan hypertext di Internet.

Meskipun jumlahnya masih sangat sedikit, kalangan umat Islam di Indonesia yang menggunakan Internet sebagai media dakwah jumlahnya kian hari kian bertambah. Total jumlah pengguna Internet di Indonesia saja terhitung baru sekitar 2 persen saja dari total penduduk Indonesia. Tetapi semangat berdakwah "walau hanya satu ayat" tersebut tidak mengurungkan niat para pelaku dakwah digital.

Fenomena dakwah digital tersebut memang berkembang seiring dengan berkembangnya teknologi informasi (TI) di dunia. Internet komersial baru masuk ke Indonesia pada tahun 1994, dengan dibukanya IndoNet di Jakarta, sebagai Internet Service Provider (ISP) pertama di Indonesia. Salah satu pelopor penggunaan Internet sebagai media dakwah adalah seperti yang dilakukan oleh kelompok Jaringan Informasi Islam (JII). JII yang dibidani oleh jebolan Pusat Teknologi Tepat Guna (Pustena) Masjid Salman ITB tersebut sudah sejak sekitar tahun 1997-1998 bergulat dengan teknologi e-mail yang diaplikasikan ke dalam pesantren-pesantren, membentuk apa yang disebut dengan Jaringan Pondok Pesantren.

Kemudian pada sekitar tahun 1998-1999 mulai marak aneka mailing-list (milis) Indonesia bernuansa Islami semisal Isnet, Al Islam dan Padan Mbulan. Baru kemudian pada tahun 1999-2000 bermunculanlah situs-situs Islam di Indonesia, yang tidak sekedar situs-situs institusi Islam, tetapi berisi aneka informasi dan fasilitas yang memang dibutuhkan oleh umat Islam. Maka lengkaplah Internet menjadi salah satu media rujukan dan media dakwah Islam Indonesia.

Masuknya Internet dalam aspek kehidupan umat Islam mulai menggeser pemikiran-pemikiran lama. Menjadi santri kini tidak harus diidentikkan dengan sarung dan mengaji di langgar saja. Sekedar contoh, para santri Pesantren Darunnajah di Ulujami Jakarta Selatan ternyata telah akrab dengan e-mail karena di dalam pesantren tersebut ada sebuah warnet yang dipergunakan bergantian antara santri pria dan wanita. Ada pula pesantren Annida di Bekasi, yang memang telah benar-benar memberikan materi pendidikan e-mail dan Internet kepada para santri-santrinya.

Dengan bermodalkan sepuluh komputer yang terkoneksi ke Internet, maka setiap hari selalu diberikan materi-materi Internet secara bergiliran. Menggunakan Internet pun bisa dianggap sebagai suatu ibadah. Masjid At-Tin di komplek Taman Mini misalnya, di dalamnya terdapat sebuah warnet dengan 10 buah komputer. Administrasi warnet tersebut berada di bawah Bidang Dakwah dan Pendidikan Yayasan At-Tin, sebagai pengelola Masjid tersebut.

Dengan semakin beragamnya aplikasi Internet sebagai media dakwah, kini ada sebutan santri virtual, yang dicetuskan oleh situs PesantrenVirtual.com. Para santri virtual tersebut dapat saling berdakwah menggunakan milis pesantren@yahoogroups.com. Milis yang awal didirikan pada Agustus 1999 hanya beranggotakan 41 orang, kini telah mencapai lebih dari 2300 anggota. Kekuatan milis sebagai media dakwah memang bukan hal yang sepele. Jika kita mengetikkan keyword "Islam" di YahooGroups.com, maka akan didapat 2254 milis yang membahas soal Islam dari berbagai bahasa dan negara. Bahkan kini tafsir Al-Qur'an dalam bahasa Indonesia versi Departemen Agama pun dapat disimak di milis Tafsir-Quran@yahoogroups.com yang didirikan pada Agustus 2000 dan telah memiliki anggota sebanyak 1144 orang.

Kebutuhan akan aktualisasi diri sebagai seorang muslim ternyata sama pentingnya dengan dakwah itu sendiri. Buktinya, pengguna webmail MyQuran.com tercatat lebih dari 40 ribu anggota. Sebagian dari para anggota tersebut juga aktif di forum diskusi online di situs tersebut. Situs MyQuran.com yang didirikan pada Juli 1999 merupakan situs portal informasi Islam. Jika merindu akan suara adzan dari Mekkah, maka MyQuran.com memiliki link yang dapat mengumandangkan adzan tersebut. Bahkan dapat juga diniikmati alunan pembacaan kitab suci Al-Qur'an lengkap 114 surah.

Di dalam hukum Islam masih ada yang memerlukan interpretasi dan pengkajian para ahli. Hal tersebut misalnya pada penentuan halal atau tidaknya produk atau pangan yang berada di pasaran. Dengan teknologi Internet, kini informasi kehalalan suatu produk atau pangan dapat ditanyakan langsung ke ahlinya melalui situs IndoHalal.com. Pengelola situs yang didirikan sejak Februari 2001 tersebut telah memberikan jawaban atas 178 pertanyaan yang masuk. Beberapa pertanyaan tersebut antara lain tentang Kecap ABC, Bika Ambon, Susu Pediasure, Khong Guan Biscuit dan Restoran Hoka Hoka Bento.

Dari beberapa contoh aplikasi Internet di atas, maka dapat ditarik satu pemahaman umum bahwa Internet memang merupakan media yang efektif bagi dakwah dan penyebaran informasi. Meskipun demikian Internet tidak akan bisa menggantian perang ulama, kiai dan ustadz. Demikian ditegaskan oleh Onno W. Purbo, praktisi Internet yang kerap memberikan dakwah Internet ke pesatren-pesantren. Menurut Onno, Internet hanyalah sebuah media komunikasi. "Justru seorang pendakwah dapat dengan mudah memiliki jutaan umat saat mereka menggunakan Internet," ujar Onno.

Sedangkan Ahmad Najib Burhani, pengamat Islam yang kerap menulis tentang teknologi dan agama, menyatakan bahwa Internet memungkinkan setiap orang untuk bertanggung-jawab secara individu, termasuk soal agama. "Tetapi yang menjadi pertanyaan lebih lanjut adalah apakah Internet bisa menjadi tempat yang tepat untuk suatu proses penjelajahan kehidupan beragama yang penuh makna," ujar Najib. Menurut Najib, mengutip Steven Walman pendiri BeliefNet, Internet bisa menjadi alternatif media ketika seseorang sangat disibukkan dengan aktifitas kesehariannya sehinga tidak dapat mengikut acara keagamaan yang memerlukan kehadiran fisik.



Beberapa Situs Dakwah

- MyQuran.com

MyQuran.com merupakan situs portal Islam yang memiliki banyak link dan sumber informasi tentang segala aspek kehidupan umat Islam. Situs tersebut dilengkapi pula dengan fasilitas pencarian ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadist. Informasi tentang kelima rukun Islam pun tersedia. Disediakan pula fasilitas forum diskusi online, chatroom dan webmail. Salah satu keunggulan MyQuran.com adalah terdapat link untuk mendengarkan lantunan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan suara adzan versi Mekkah dan Madinnah.

Menurut Atmonadi, pendiri dan pemilik MyQuran.com, tujuan membuat situs tersebut adalah untuk meningkatkan daya saing umat Islam agar bisa lebih memberdayakan Internet baik untuk kepentingan dakwah islamiyah, persaudaraan, pertukaran informasi dan pengetahuan, pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan dengan melakukan aktifitas ekonomi digital.

Situs MyQuran.com diluncurkan pada Juli 1999, setelah sebelumnya Atmonadi kepayahan mencari situs-situs komunitas Islam ala Indonesia yang komprehensif. Modal awal pendirian situs tersebut hanyalah sebuah nama domain senilai US$ 70. "Tetapi modal yang terbesar adalah niat," ujar Atmonadi. Hosting dan fasilitas MyQuran.com bisa didapatkannya secara murah di Internet. Demografi pengunjungnya kebanyakan berusia 17 - 30 tahun dari manca negara. Yang terbesar adalah dari Indonesia (27 %) dan
dari USA (2.5%), malaysia (1.5 %). sisanya 69 % dari berbagi negara.

Dari data terakhir di September 2001, rata-rata terdapat sekitar 2381 unique visitor perhari, 9341 pageviews perhari dan hitrate perhari mencapai lebih dari 71 ribu hit. Situs tersebut diasuh bersama-sama oleh para sukarelawan yang merupakan pengunjung setia. Atmonadi yakin bahwa umat Islam bisa secara positif memanfaatkan Internet sebagai media dakwah, ukhuwah (pergaulan), pendidikan dan pendistribusian informasi. Bahkan jika komunitas tradisional Islam dapat memanfaatkan Internet sebagai media dakwah, maka Atmonadi yakin bahwa umat Islam di Indonesia akan semakin dapat meningkatkan pengetahuan dan wawasannya. "Sekarang tinggal bagaimana para praktisi Internet dapat mengenalkan Internet secara benar kepada komunitas tradisional tersebut," ujar dia.


-Ukhuwah.or.id

Ukhuwah.or.id merupakan situs yang berangkat dari kebutuhan komunikasi internal mahasiswa Fakultas Ilmu Komputer UI. Setelah mengalami serangkaian pengembangan dan pembenahan, baru pada Februari 2000 situs Ukhuwah.or.id dapat dinikmati oleh masyarakat umum. Di dalam situs tersebut terdapat serangkaian link berita-berita terkini, dan fasilitas download file MP3 Nasyid Islami. Ukhuwah.or.id merupakan situs yang menyajikan informasi-informasi Islam yang baik dikumpulkan dari berbagai sumber.

Menurut Herry, salah seorang pengurus Ukhuwah.or.id, situs tersebut diharapkan mampu memberikan penyadaran bagi umat Islam tentang pentingnya pemanfaatan TI sekaligus menjadi wadah berkumpul dan berkomunikasinya umat Islam. Modal awal pembuatan situs tersebut adalah hasil swadaya dan sumbangan dari masing-masing anggota. Sebagian besar pengakses situs tersebut adalah mahasiswa dan para aktivis dakwah Islam yang menggunakan internet baik melalui kampus, warnet atau rumah.

Pengunjung situs tersebut per hari adalah sekitar 450 orang, dengan page views sekitar 1600 pages per hari dan hit rate sekitar 13 ribu hits perhari. Saat ini tim operasional terdiri dari kurang lebih 35 orang sukarelawan tanpa digaji. Kesediaan menjadi sukarelawan tersebut, menurut Herry, adalah karena berpatokan bahwa situs Ukhuwah.or.id memiliki nilai dakwah yang tinggi sekaligus sebagai penyebaran informasi tentang dunia Islam. Dalam penyebaran informasi tentang Islam tersebut. Ukhuwah.or.id melakukan dalam 2 cara yaitu sebagai sumber informasi dan sebagai sarana komunikasi. Sebagai sumber informasi terdapat fasilitas berita, artikel dan majalah Islam online. Sedangkan sebagai sarana komunikasi disediakan fasilitas pertukaran informasi seperti webmail dan milis.

Menurut Herry, Internet sangatlah efektif dan efisien sebagai sebuah media dakwah. Internet merupakan sarana komunikasi global dimana seluruh umat Islam di dunia dapat mengaksesnya dengan cukup mudah dan murah dibandingkan dengan media komunikasi lainnya. Selain itu, melalui sebuah situs di Internet, informasi tentang Islam dari suatu negara tertentu dapat segera diketahui oleh umat Islam di belahan bumi lain.


- MoslemWorld.co.id

Situs MoslemWorld.co.id merupakan sebuah situs berita sebagaiamana layaknya sebuah media berita online. Berita-berita yang ditampilkan di halaman depan situs tersebut selalu diupdate secara berkala. Menurut Mokh. Syaiful Bakhri, Redaktur Pelaksana MoslemWorld.co.id, situs tersebut diharapkan dapat menjadi referensi utama bukan hanya bagi umat Islam semata, namun juga bagi umat agama lain yang ingin belajar dan mendalami ajaran-ajaran Islam. Secara spesifik dijelaskan oleh Syaiful bahwa situs MoslemWorld.co.id juga mengemban misi dakwah, kebudayaan, peradaban, ukhuwah Islamiyah (persaudaraan sesama umat Islam), ukhuwah Insaniyah (persaudaraan sesama manusia) dan ukhuwah Wathoniah (persaudaraan dengan bangsa lain).

MoslemWorld.co.id didirikan pada Oktober 2000 oleh Ratiza Busiri bekerjasama dengan Dunia Muslim dari British Virgin Islands dan Safe-T-Net System Pte. Ltd dari Singapura. Beberapa kanal yang disediakan oleh situs tersebut antara lain informasi tentang komunitas, pendidikan, teknologi, bisnis dan berita internasional. Sedangkan topik-topik Islam yang disajikan adalah kajian Islam, tokoh Islam, peradaban, nuansa muslimah dan sejarah Islam. Untuk page views MoslemWorld.co.id pada bulan Agustus 2001 lebih dari 10 ribu pages perbulan.

Saat ini MoslemWorld.co.id ditangani oleh tim multimedia yang terdiri dari creative
writer, editor, web design dan web developer. Kompensasi yang diberikan kepada tim disesuaikan dengan standard profesional. Mengingat portal MoslemWorld.co.id di update setiap hari selama tiga kali yaitu pada jam 09.30, 11.30 dan 15.30, maka sistem kerjanya tak ubahnya dengan sistem kerja pada media massa lainnya. Tim bekerja secara penuh mulai dari jam 09.00 hingga jam 17.00.

Direncanakan situs tersebut akan bekerja sama dengan berbagai pihak di negara lain seperti Brunei dan Malaysia untuk membuat portal yang sama sehingga nantinya
MoslemWorld.co.id mengglobal dan menjadi portalnya umat Islam minimal di Asia Tenggara. Selain itu, kehadiran portal tersebut diharapkan dapat membantu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dalam penyebaran informasi, regulasi, pendidikan dan dakwah.


- IndoHalal.com

IndoHalal.com merupakan sebuah situs konsultasi status kehalalan produk-produk yang ada di pasaran. Tujuan situs tersebut, menurut Jaja Triharja selaku salah satu pendiri IndoHalal.com, adalah untuk mensosialisasikan pentingnya produk halal kepada masyarakat luas, mendorong semakin banyak produsen untuk mendapatkan sertifikat halal melalui lembaga Auditor dan inspektor yang ada serta menjadi mitra untuk mempermudah masyarakat dalam memperoleh berbagai jenis produk halal.

IndoHalal.com didirikan pada Februari 2001 yang merupakan sebuah divisi di bawah perusahaan Haltek Integra Media yang bergerak di bidang TI serta sebagai pengelola ISP INDOSATnet Bogor. Rencana kedepan, situs tersebut akan dilepas dari perusahaan induk dan menjadi perseroan yang sahamnya akan dijual kepada publik. IndoHalal.com tengah dikembangkan menjadi sebuah situs B2B dan B2C sehingga diharapkan nantinya dapat bekerjasama dengan masyarakat untuk membuat semacam toko swalayan serba halal. IndoHalal.com juga menjalin kerjasama dengan milis halal-baik-enak@yahoogroups.com.

Fasilitas unggulan yang disediakan IndoHalal.com saat ini adalah konsultasi
produk halal yang diasuh langsung oleh Dewan Pakar dari ahli pangan IPB
yaitu Anton Apriyantono. Selain itu tersedia pula disajikan pula berbagai artikel
sebagai bahan edukasi halal ke masyarakat dan database daftar produk
halal yang up-to-date. Produk halal tersebut didukung oleh LP POM MUI. Pengunjung rata-rata perharinya aalah sebanyak 200 pengunjung. Tim operasional terdiri dari redaksi 3 orang, webmaster 1 orang, dewan pakar 2 orang dan marketing 1 orang. Sebagian besar mendapat gaji dari perusahaan, dan sebagian lagi kompensasinya tidak berupa gaji.

Menurut Jaja, apa yang dilakukan oleh IndoHalal.com merupakan salah satu bentuk dakwah yang dilakukan melalui Internet. Konsepnya dengan menyebaran informasi tentang halal ini secara meluas dan terus menerus dengan berbagai metoda kepada masyarakat. Bagi umat Islam kalangan menengah ke atas, peran Internet cukup efektif sebagai media dakwah dan informasi.



*) Penulis adalah Koordinator ICT Watch dan jurnalis TI independen. Dapat dihubungi melalui e-mail donnybu@ictwatch.com. Tulisan ini merupakan bagian dari laporan khusus Detikcom, 28 September 2001. Tulisan ini bebas dikutip asal menyebutkan sumbernya.

Sumber: http://free.vlsm.org/v17/com/ictwatch/paper/paper020.htm
_________________

0 komentar:

Posting Komentar